KEMBARA MAHSYAR

SEBUAH PENGEMBARAAN
MENUJU TUHAN

Sebuah buku pengembaraan yang akan membawa kita mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Bermula dari Alam Roh yang mana kita diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan.

Buku Wajib Dibaca Sebelum Mati!

Kenapa buku Kembara Mahsyar ini WAJIB dibaca sebelum kita mati? Pernah atau tidak kita tahu selepas kita mati nanti ke mana kita akan pergi? Apakah alam-alam yang bakal kita tempuhi. Bagaimanakah keadaannya disana nanti? Buku Kembara Mahsyar ini menceritakan gambaran perjalanan kehidupan seorang manusia sejak daripada sebelum mereka dilahirkan sehinggalah Syurga. Penting untuk kita mengetahui destinasi-destinasi selepas kita mati nanti agar kita dapat membuat persiapan yang lebih rapi sebelum kita tiba di sana nanti.

Rasai Pengembaraan
Ke Alam Selepas Mati

Buku Kembara Mahsyar ini akan membawa kita merentasi 13 Alam. Bermula dari Alam Roh, tempat dimana kita semua dikumpulkan seterusnya kita akan pergi ke Alam Kandungan. Kemudian kita akan singgah sementara di Alam Dunia sebelum kita mulakan pengembaraan kita menuju ke Alam Barzakh

Kita akan melihat bagaimana dahysatnya Hari Kiamat. Kemudiannya kita akan dibangkitkan kembali pada Hari Kebangkitan dan menuju ke Padang Mahsyar. Kita akan melihat bagaimanakah keadaan dan seksanya di Padang Mahsyar dalam suatu tempoh waktu yang sangat panjang, sehinggalah mendapat Syafa’at daripada Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam agar dipercepatkan proses Hisab

Kemudiannya, tatkala kita melakukan Penyerahan Catatan Amal, adakah dengan tangan kanan ataupun tangan kiri? Bagaimanakah pula ketika amalan kita ditimbang di Mizan, adakah pahala ataupun dosa yang akan memberatkan timbangan? Terpilihkah kita untuk meminum air daripada Telaga Al-Kauthar? Dan akhirnya tibalah kita di Titian Sirat yang halus lagi tajam itu. Bagaimanakah keadaan kita ketika melaluinya nanti. Jika berjaya, maka kita akan terus menuju ke Syurga. Akan tetapi kalau tergelincir, maka terjatuhlah kita ke Neraka menerima azab siksa yang tidak terperi.

 

Nota Kembara Mahsyar
Ringkasan Buku Kembara Mahsyar

Selain daripada buku fizikal, anda boleh juga dapatkan Buku Nota Kembara Mahsyar (E-Book) dalam versi digital (format pdf). Buku Nota Kembara Mahsyar (E-Book) ialah ringkasan kepada buku Kembara Mahsyar (Versi Fizikal) hasil tulisan Faris Zulkharnane. Penulis meringkaskan bukunya ini dan menjadikannya dalam versi E-Book untuk memudahkan pembacaan dimana-mana sahaja terutama pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selain itu grafik yang menarik dimuatkan di dalam buku Nota Kembara Mahsyar ini untuk menjadikan ianya lebih menarik dan mudah difahami.

Ringkasan Kepada Buku Fizikal Kembara Mahsyar
Setebal 181 Muka Surat Berwarna
Diserikan dengan grafik yang menarik
Konsep Penceritaan Ala Novel Yang Mudah Difahami Oleh Semua

Pemenang Anugerah Buku Negara

Buku Kembara Mahsyar telah memenangi
Anugerah Buku Terbaik Kategori Agama

Anugerah diterima di PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Mereka Sudah Ada. Anda Bila Lagi?

Buku Kembara Mahsyar ini sangat baik untuk mengingatkan kita akan destinasi hakiki yang kita tuju. Dunia yang sementara ini merupakan medan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan bertemu Allah. Setiap dari kita akan meninggalkan dunia ini dan pasti akan dipersoalkan dihadapan Allah akan segala amanah yang diberikanNya. Semoga dengan mengingati kehidupan selepas kematian akan menyebabkan kita lebih berhati-hati dalam sebarang kerja buat didunia ini. Tahniah kepada Saudara Faris Zulkharnane diatas buku yang sangat baik ini.

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Menteri Besar Terengganu

Seorang yang berakal sentiasa menyedari bahawa dunia ini tidak lain hanyalah tempat persinggahan sementara. Dia menyedari bahawa dia akan kembali ke alam yang kekal suatu hari nanti. Tahniah buat adinda kami Muhammad Faris Zulkharnane atas penghasilan buku yang penuh makna ini. Moga ia memberi manfaat buat penulis serta kita semua di alam sana nanti. Kata Sayyidina ‘Ali : “Manusia itu tidur, apabila dia mati, barulah dia terjaga.” Moga buku ini menyebabkan kita terjaga sebelum ‘terjaga’ yang sebenar. Mari kita kembali kepada Allah sebelum kita dikembalikan.

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Ilmuan Agama dan Pendakwah

Bila baca buku Kembara Mahsyar ini rasa seolah-olah kita sedang mengembara ke satu dimensi yang lain. Ianya sebuah pengembaraan menuju Tuhan. Kita akan melalui alam-alam yang kita akan pergi bila kita mati nanti. Rahsia dibongkar, keajaiban diperlihat dan proksi masa ditelusuri. Memang sebuah buku pengembaraan realiti yang penuh debaran dan misteri, juga persediaan kita bakal ke sana nanti.

Heliza Helmi

Penyanyi dan Selebriti Dakwah

Sebuah penziarahan rohani yang luar biasa, tetapi cukup mengesankan. Meletakkan naluri manusiawi ke sebuah perjalanan yang tidak mungkin dapat diulang cipta, naskhah Kembara Mahsyar ini merupakan sebuah penziarahan rohani yang luar biasa, luar duga, tetapi cukup mengesankan.

Neelofa

Pelakon dan Pengacara TV

KEMBARA MAHSYAR

Sebuah pengembaraan menuju Tuhan. Rahsia dibongkar, keajaiban diperlihat, proksi masa ditelusuri. Pengembaraan ke setiap alam yang pernah dan bakal kita lalui. Adakah kita sudah bersedia untuk ke alam selepas mati untuk bertemuNya?

Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan Kembara Mahsyar (E-Book) sekarang! Buku yang akan membuatkan anda tersedar bahawa perjalanan hidup selepas kita mati nanti lebih panjang dan kita perlu bersedia daripada sekarang!

Apa Yang Ada Dalam
Buku Kembara Mahsyar Ini?

Antara sebab kenapa Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat kepada kita ialah supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun, tidak kira masa dan di mana. Bersedia dalam keadaan apa sahaja. Bersedia dalam keadaan kita belajar, bekerja, beribadah mahupun duduk sahaja. 

ALAM ROH

Masih ingatkah lagi akan perjanjian yang pernah kita buat dahulu? Kita pernah berjanji dengan Allah. Apakah perjanjiannya?

ALAM DUNIA

Bila tiba saatnya, 'Izrail akan datang. Bagaimanakah keadaannya nanti? Sakitkah sakaratul maut itu?

ALAM BARZAKH

Tatkala kita keseorangan, ketakutan dalam kegelapan di dalam kubur, adakah kita akan selamat? Siapa yang akan membantu kita?

PADANG MAHSYAR

Bagaimanakah keadaan kita di Padang Mahsyar nanti. Adakah kita mampu bertahan sehingga tibanya Syafa'at?

HISAB

Detik yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Hari dimana segala perbuatan kita di dunia akan dipertanggungjawabkan.

TITIAN SIRAT

Destinasi yang akan menjadi penentuan. Jika kita berjaya melaluinya maka selamatlah kita, jika gagal maka meranalah kita.

Kenapa Anda Perlu Beli Buku Ini

01

Buku yang membayangkan (visualize) situasi kita di alam selepas mati

02

Buku ini merupakan Pemenang Anugerah Buku Negara 2019, Buku Umum Terbaik Kategori Agama

Boleh dibuat sebagai rujukan dan bacaan tambahan kepada kita semua yang bakal melalui alam-alam ini

03

Penggunaan bahasanya yang sangat mudah difahami sesuai kepada semua peringkat umur

04

05

Setiap alam di dalam buku ini memaparkan gambaran sebenar situasi yang bakal kita semua lalui suatu hari nanti

06

Sarat dengan ilmu daripada buku-buku terbaik yang dijadikan rujukan oleh penulis

BUKU KEMBARA MAHSYAR

Antara sebab kenapa Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat kepada kita ialah supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun, tidak kira masa dan di mana. Bersedia dalam keadaan apa sahaja. Bersedia dalam keadaan kita belajar, bekerja, beribadah mahupun duduk sahaja. 

Buku ini adalah untuk mereka yang betul-betul ingin mengembara dengan pengembaraan yang sebenar ke setiap alam-alam pada masa akan datang dan  terlalu ingin mengetahui tentang apa yang akan berlaku di hari akhirat kelak.

Untuk siapa buku
Kembara Mahsyar ini?

Buku Kembara Mahsyar ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Sama ada tua ataupun muda. Remaja, dewasa mahupun yang sudah berusia.

Mereka yang ingin membuat persiapan dan persediaan sebelum meninggalkan dunia ini
Mereka yang mencari bahan rujukan dan bacaan tambahan sepanjang PKP ini
Mereka yang mahu mengetahui alam-alam yang akan mereka bakal lalui nanti
Mereka yang ingin merasai gambaran pengembaraan sebenar ke alam selepas mati
Mereka yang ingin lebih bersemangat mengharungi ujian di dunia
Mereka yang merasakan dunia ini jambatan ke akhirat dan perlu bersedia untuk ke sana nanti

Testimoni Pembaca Kembara Mahsyar

Ribuan pembaca yang telah membaca buku Kembara Mahsyar. Ramai daripada mereka sangat berpuas hati dan terkesan dengan buku ini. 

Dapatkan Buku Kembara Mahsyar Hari ini Juga!

Kembara Mahsyar
main-photo
Faris Zulkharnane

Penulis | Penceramah Motivasi | Ahli Perniagaan

Seorang yang minat membaca dan menulis. Beliau telah menerbitkan 7 buah buku. Salah satu daripada buku beliau telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019. Beliau juga aktif dalam menyampaikan perkongsian motivasi khususnya Kembara Mahsyar di seluruh Malaysia. Selain itu beliau juga aktif memberikan perkongsian motivasi di laman-laman sosial beliau.